Friday 10 October 2014

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA PENGGUNAAN INTERNET : SALAH LAKU

Dipetik daripada Berita Harian: Komputer keluaran 14 April 1999.
  • Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau  rakyat negara luar.
  • Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
  • Menganjurkan perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
  • Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisements/spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing). Iklan hanya boleh dihantar kepada mereka yang secara jelas memohon maklumat sedemikian.
  • Menggalakkan, membangunkan atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai.
  • Melakukan pengeboman mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar banyak e-mail yang sama atau bersaiz besar.
  • Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spams.
  • Memalsukan kepala e-mail (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
  • Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
  • Mencerobohi peralatan (hacking) yang dimiliki oleh pengguna individu, kumpulan atau organisasi lain. Bagi tujuan etika ini, perbuatan berikut dianggap sebagai satu pencerobohan :
  • Perbuatan memasuki secara haram atau bagi menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
  • Percubaan secara tidak sah bagi mengelakkan sebarang bentuk pengesahan identiti (authorization), perlindungan, keselamatan atau kebenaran ke atas mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
  • Menghalang pengesahan identiti pengguna atau ciri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
  • Menyebabkan gangguan perkhidmatan dan melakukan usaha bagi meningkatkan bebanan perkhidmatan (to overload a service) dan percubaan merosakkan komputer utama (to crash the host).
  • Memberikan maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang borang, kontrak atau permohonan dalam talian (online) termasuk menyalahgunakan nombor kad kredit.
  • Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri (intercept) data yang bukan ditujukan kepadanya.
  • Membatalkan posting yang dibuat oleh orang lain kepada mana-mana kumpulan berita kecuali pengendali (moderator) yang menjalankan tugasnya

3 comments:

  1. You can very easily download computer games with direct link via the following link . https://www.mardapp.com/2019/09/Download-PC-Games.html

    ReplyDelete
  2. very nice , you can also see https://www.bramjonline.com/best-pc-car-racing-games/ for downloading pc games

    ReplyDelete