Microsoft Surface timbul ke permukaan dunia tablet dengan gahnya.
Menepati cita rasa masa kini, Surface datang dalam dua versi, iaitu
Surface dengan Windows RT dan Surface Pro dengan Windows 8 Pro.
Windows RT adalah versi terbaru daripada Windows 8 yang direka bersandarkan platform pemprosesan ARM, merangkumi antara muka dan paparan mesra sentuhan gaya Metro. Selain itu, ia turut menjalankan fungsi terhad desktop konvensional Windows dengan penggunaan Internet Explorer serta Microsoft Office.
Untuk Surface Pro, sistem operasi (OS) Windows 8 Pro akan dikuasakan
oleh pemproses terkini daripada Intel. Ia mempunyai akses penuh kepada
paparan Metro UI serta dapat menjalankan fungsi desktop Windows
sepenuhnya.
1. Tablet Surface dengan Windows RT memiliki slot mikroSD, USB 2.0, 2x2 MIMO antena dan port Mikro HD. Pengguna boleh memilih untuk memori berkapasiti 32GB atau 64GB. Untuk Surface Pro pula, ia memiliki sokongan sambungan slot kad mikroSDXC, USB 3.0, 2x2 MIMO antena serta Port Paparan Mini. Tablet ini didatangkan dengan kapasiti penyimpanan terbina 64GB dan 128GB.
2. Surface dengan Windows RT memiliki berat 676 gram dengan kadar ketebalan hanya 9.3 mm. Untuk Surface Pro, tablet ini memiliki berat 903 gram berserta ketebalan sekitar 13.5 mm sahaja. Fizikal tablet ini turut terjamin dengan pelindung luar magnesium VaporMg dan penahan yang menambahkan kesan elegan serta fleksibelnya.
3. Spesifikasi lainnya merangkumi paparan 10.6 inci, skrin lebar Paparan HD 16:9. Teknologi Paparan ClearType HD Microsoft padanya juga turut memberikan visual kesan imej atau video pada tahap terbaik selaras dengan prestasinya. Selain itu, pelarasan automatik skrin intensiti menyampaikan kejelasan visual yang hebat, tidak kira dalam rumah atau pun di luar.
4. Ingin menaip? Surface sediakannya. Surface dilengkapi Kickstand bersepadu yang telah beresolusi, kenipisan 3 mm dan perlindungan tekanan sensitif yang dapat berfungsi sepenuhnya sebagai papan kekunci serta trackpad sepenuhnya. Touch Cover menyambungkan kepada Surface melalui klik magnetik tunggal. Semuanya dalam satu alat.

Adakah Surface akan menjadi nama trademark terbaik untuk
Microsoft sedangkan ramai yang mempertikaikannya? Susah atau senang
diingati, yang pastinya Surface dilihat sebagai pesaing terdekat iPad,
dan jenama itu pula khabarnya akan mendapat sokongan iOS terkini
Tarikh: 31 Julai 2012
No comments:
Post a Comment