Wednesday 8 August 2012

BERAPAKAH KELAJUAN STREAMYX ANDA


Berapa kelajuan pakej streamyx yang anda langgan? Adakah anda mendapat 100% kelajuan pakej streamyx yang anda gunakan?

Kadangkala kita tidak perasan pun mengenai kelajuan talian internet kita ini. Lebih-lebih lagi pengguna streamyx, kebiasaanya kita tidak akan menyemak sama ada kita mendapat 100% kelajuan yang kita subscribe ataupun tidak.
Anda boleh menguji kelajuan pakej streamyx anda di Speed Test ini. Anda tunggu hasil speed test streamyx anda dan lihat keputusannya. Didalam hasil yang akan anda perolehi nanti, anda boleh ketahui sama ada anda mendapat 100% ataupun bawah daripada 90%.
Bagi saya jika kelajuan download hanya 90% (kebawah) sahaja yang saya dapat, saya akan membuat beberapa perkara bagi membolehkan saya mendapat lebih 95% daripada kelajuan penuh pakej streamyx yang saya langgan. Antara perkara yang saya lakukan adalah :

1. Flush DNS – saya akan flush DNS supaya semua cache DNS sebelum ini yang ada didalam komputer saya dipadam. Untuk flush DNS, anda hanya perlu membuka command promt (CMD) dan taipkan ipconfig/flushdns dan tekan enter. Jika keluar “Windows IP Configuration Successfully flushed the DNS Resolver Cache.” maka anda sudah berjaya flush DNS.

2. Menukar IP – kelebihan pengguna streamyx IP dynamic ialah anda boleh menukar IP pada bila-bila masa sahaja. Jika anda mahu mengetahui cara menukar IP dengan lebih lanjut, anda boleh baca artikel  “Dendapatkan IP Streamyx Yang Baru“.

Itu sahaja yang saya lakukan untuk mendapatkan kelajuan streamyx pada tahap yang maksima. Anda boleh mencuba 2 tips diatas jika mahu mendapat kelajuan yang maksima.

“Anda perlu dapat apa yang anda bayar“

No comments:

Post a Comment