Saturday, 26 May 2012

Review 1Malaysia Pad

1Malaysia Pada adalah nama kepada model tablet Android yang baru saja diperkenalkan di bawah jenama 1Malaysia. Antara aplikasi ditampilkan adalah 1Malaysia Messenger menyamai fungsi WhatsApp, 1Malaysia Club, selain boleh disesuaikan (customized) dengan keperluan pembeli. Nampaknya tablet ini lebih banyak disasarkan untuk ‘business user’ dari kalangan organisasi, industri sederhana, jabatan-jabatan kerajaan. Bukan pengguna biasa dikalangan individu. Sebagai tablet Android ia tetap boleh dimasukkan dengan apa jua aplikasi dari Google Play.

Spesifikasi 1Malaysia Pad yang kami dapat tahu dari laman webnya amatlah biasa-biasa iaitu skrin 7 inci, kamera 3MP di belakang, kamera 0.3MP di depan, bateri berkuasa 4000 miliamph yang pada pendapat kami bertahan lama hingga 7-11 jam bergantung pada penggunaan, versi Android yang digunakan olehnya adalah Android 2.3 Gingerbread. Bukan Android 4 ICS.
Dengan spesifikasi asas sedemikian, kami menjangka harganya dalam RM399-RM699 jika disasarkan utuk pengguna biasa (non-business user) tapi harga tablet 1Malaysia Pada di Malaysia adalah RM999.. Berbaloikah harga itu dengan spesifikasinya? Jika dengan harga paras itu, spesifikasinya patut diubah ke komponen berprestasi lebih tinggi dari yang dipasang sekarang ini menyamai taraf Apple iPad 2. Review kami ini agak panjang. Persoalannya, adakah 1Malaysia Pad sesuai untuk Anda? Jawapannya..
1. YA, jika Anda mahukan sebuah tablet Android untuk online, melayari internet melalui WiFi, membuka Facebook, berhibur dan untuk mengambil gambar. Anda tidak kisah apa versi Android di dalamnya, tidak kisah akan kepantasan cip, jumlah resolusi skrin dan grafiknya. Anda mahu beli dan guna saja. Janji ada ‘sound’, boleh memainkan video, menyimpan gambar, melihat-lihat gambar, untuk menaip dan aktiviti hiburan ringan. Anda kurang minat mahu meneliti spesifikasi tablet dengan teliti. Bagi Anda harga RM999 adalah harga yang berpatutan. Anda bersedia untuk membayar dan sanggup berbelanja pada harga sedemikian.
2. TIDAK, jika Anda mahukan sebuah tablet Android memiliki spesifikasi lebih bagus, dipasang dengan Android 3.0 Honeycomb atau Android 4 Ice Cream Sandwich, kepantasan cip antara 1.2Ghz-1.4Ghz, kamera belakang berlensa 5MP, kamera depan berlensa 2MP, capaian WiFi, resolusi skrin paling kurang 1100×720 piksel, grafik lebih dari sekadar level biasa, memiliki palam USB, menyokong fungsi multi touch. Anda suka meneliti spesifkasi sesebuah tablet terlebih dahulu sebelum membeli kerana anda mahu tablet itu berbaloi untuk wang Anda, selain itu Anda membanding tablet yang anda jumpa dengan spesifikasi model lain yang ada di pasaran. Anda sudah pernah menjumpai tablet lain sebelum ini yang lebih murah dari RM999. Anda tahu membeza-bezakan tablet dan mengikuti perkembangan tablet dari semasa ke semasa, bagi Anda harga RM999 untuk 1Malaysia Pad itu tidak patut.
Tablet 1Malaysia Pad akan menghadapi persaingan sengit dari tablet elektronik dikhususkan untuk pengguna biasa berbajet rendah misalnya Kindle Fire, iPad generasi pertama, Samsung Galaxy Tab generasi pertama, Acer Iconia Tab A100 bahkan tablet jenama murah lain banyak dijual di Lelong Malaysia, tidak termasuk tablet yang diperdagangkan dipasaran terpakai secara online misalnya di MudahAlih.my.

1Malaysia Pad

Kami sudah masuk ke laman web MalTechPro, syarikat yang mengedarkan 1Malaysia Pad untuk kami cari spesifkasi lengkap tablet ini khususnya jenama cip dan jenis teras (core) yang digunakan, kelajuan cip, jumlah resolusi pada skrin, waranti ada ditawarkan atau tidak dan berapa laman tempoh waranti tersebut, aksesori berkaitan dan apa ‘features’ lain untuk manfaat pengguna yang ditampilkan pada tablet 1Malaysia Pad.
Sebagai peminat tablet kami kecewa sebab maklumat yang kami mahukan tidak ada disenaraikan, laman web itu muncul tanpa pengayaan maklumat visual. Tapi kami akur kerana ia baru dibuka. Apa yang ada hanya alamat email untuk ‘pre order’. Website itu tidak menyediakan galeri gambar untuk pandang pertama 1Malaysia Pad kepada ribuan pelawat web, kesemua ini memberi impresi kurang bagus di mata pengguna biasa yang berminat pada 1Malaysia Pad. Ini bukan soal harga, bukan soal versi Android di dalamnya, tapi soal rasa bangga menggunakannya sebagai tablet membawakan jenama 1Malaysia. Wujud ‘national pride’ di sini.
Kami melihat logo 1Malaysia tidak semestinya menjadikan tablet 1Malaysia Pad sebuah tablet keminatan ramai khususnya di kawasan bandar serta separa bandar walau logo itu menarik perhatian. Pembeli tablet berbajet sederhana dalam RM899-RM1200 mahukan sesuatu yang berbaloi untuk duit mereka, kami tidak pasti sama ada tablet 1Malaysia Pad dapat menepati ekspektasi pengguna sebegini kerana speasifikasinya biasa-biasa saja. Sekali lagi, berdasarkan harganya itu kami berpendapat tablet 1Malaysia Pad lebih difokus kepada ‘business user’ dan bukannya tablet serbaguna untuk golongan berpendatan rendah.
Jika ditanya kami di iAwani berminat atau tidak pada 1Malaysia Pad, kami mengaku kurang berminat sebab kami tidak dapat membaca spesifikasi lengkap komponen dalamannya juga tidak ada galeri video mahupun gambar untuk kami melihat secara dekat dari kacamata pengguna biasa.
Dari tawaran yang disebutkan di laman webnya, harga RM999 hanya untuk 999 pembeli pertama sahaja, maknanya selepas itu harganya akan meningkat naik. Nampaknya tablet itu tidak diniatkan untuk membantu golongan berpendapatan rendah yang berminat mahu membeli tablet saat tertarik dengan logo 1Malaysia. Harga RM999 sebenarnya harga yang mahal bagi golongan marhaen sebegini.
Dalam fikiran pembeli tablet berbajet rendah, 1Malaysia Pad nampak sesuai untuk dibeli sebab ia tablet 1Malaysia, semua orang seakan mampu memilikinya, tapi harga RM999 akan membuat mereka mempersoalkannya, sekali lagi akan memberi impresi kurang baik.
Harga RM999 sama dengan harga sebuah iPad 2 terpakai. Dari segi prestasi sistem, grafik, daya responsif dan user experience, kami merasa tablet Android lain misalnya Samsung Galaxy Tab generasi pertama dan Acer Iconia Tab A100 jauh lebih bagus dari 1Malaysia Pad, bahkan jenama Samsung dan Acer lebih dipercayai ribuan pengguna walau tidak ditampilkan sebagai tablet 1Malaysia.
Kami di iAwani menyambut baik 1Malaysia Pad namun kami kurang setuju dengan harganya jika ia benar-benar ditujukan untuk pengguna dari kalangan orang biasa, bukan golongan berpendapatan bulanan RM1500 ke atas. Tablet Android buatan China lain yang banyak dijual di Lelong Malaysia menyamai spesifikasi 1Malaysia Pad cuma dijual pada harga RM399-RM699 sahaja. Kami bukan memandang rendah, cuma tetap kurang setuju dengan harga 1Malaysia Pad sebagai tablet mesra rakyat sesuai dengan logo 1Malaysia itu.
Dari perspektif lain, tablet 1Malaysia Pad baik digunakan sebagai gajet pemula untuk berkenal-kenalan dengan teknologi khusus bagi pengguna yang jarang menggunakan komputer, golongan non-techie atau peminat tablet biasa yang tidak terdorong mahu ambil tahu tentang perbandingan peranti dan spesifikasi dalaman.
Jika Anda tidak tahu banyak pasal teknikal komputer dan hanya tahu mengguna sesuatu gajet tanpa banyak soal, tablet 1Malaysia ini sesuai dibeli sebab jenamanya 1Malaysia. Pendek kata, ia tablet untuk rakyat sebab membawakan motto 1Malaysia. Tutup mata dan serahkan saja wang sebanyak RM999 saat membelinya.
Bagi golongan pengguna yang sudah selalu menggunakan laptop/netbook/desktop pc melebihi 3 jam setiap hari dan sudah pernah menelti spesifikasi tablet komersil lain sebelum ini, pasti sangsi dengan tablet 1Malaysia Pad kerana harganya.
Entah kenapa kami agak emosi sebab kami merasakan harga itu tidak berbaloi bagi pengguna biasa, sebab itulah kami katakan 1Malaysia Pad adalah untuk business user menyamai BlackBerry PlayBook yang akhirnya kurang mendapat sambutan di Malaysia sekarang ini.
Kami kurang setuju dengan harga RM999 pada 1Malaysia Pad. Nyatalah, tablet 1Malaysia Pad lebih disasarkan untuk dibeli oleh organisasi dan bukannya pengguna biasa dikalangan orang perseorangan berpendapan sederhana terutama di kawasan luar bandar.
Kami rasa syarikat pengeluarnya patut keluarkan model tablet 1Malaysia Pad versi lain yang dijual pada harga renda supaya pembeli berbajet rendah dapat memilikinya, cuba contohi tablet Amazon Kindle Fire. Harga rendah, spesifikasi rendah, tapi tetap memenuhi keperluan pengguna tablet keseluruhannya.

[ sumber Encik Nakal melalui The Star dan LowYat Forum ]


http://www.iawani.com/

No comments:

Post a Comment